(ICT) Kelas Membuat Laporan Kewangan Masjid Menggunakan Microsoft Excel di PEDi Semop
21 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah kehadiran seorang surirumah yang memegang jawatan sebagai Bendahari kepada Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Kelas ini telah disertai oleh seorang surirumah yang berumur 62 tahun dan pernah mengikuti kelas computer di PEDi Semop beberapa tahun sebelumnya. Kelas bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang dan bertempat di PEDi Semop. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan Microsoft Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam Microsoft Excel.
Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga.
Selamat maju jaya kami ucapkan buat beliau kerana masih berusaha untuk belajar computer walaupun sudah dalam kategori warga emas. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk belajar asas ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :