(Keusahawanan) Biz Talk daripada Bank Rakyat Mukah Secara Atas Talian bersama Ahli PIBU Bahagian Mukah

30 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran usahawan kecil Kampung Semop yang ingin menggunakan perkhidmatan di PEDi bagi mengikuti Taklimat secara atas talian bersama Bank Rakyat Mukah. Taklimat ini telah berlangsung bermula dari jam 9.30 hingga 11.00 pagi. Aktiviti ini disertai oleh 3 orang Usahawan Kecil daripada Kampung Semop yang berumur antara 40 hingga 50 tahun.

Aturcara Program:

Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari PEDi mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PEDi seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengikuti taklimat secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali