(Komuniti) Program Derma Darah Bersama Komuniti Kampung Semop & Tayangan Video Advokasi Sesi Mei 2022

29 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menganjurkan Program Derma Darah Bersama Komuniti Kampung Semop untuk sesi pertama bagi tahun 2022 di Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di PEDi Semop dan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Oleh itu, lebih 20 orang penduduk Kampung Semop dan penduduk kampong terdekat yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah dan hanya 19 orang peserta yang layak menderma darah pada hari tersebut. Selain itu, program ini disertai oleh 8 orang staf dari Hospital Daerah Daro.

Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih Kampung Semop sebagai lokasi untuk Kempen Derma Darah mereka. Terima Kasih juga kepada komuniti Kampung Semop dan kawasan sekitarnya yang datang memberi sokongan padu kepada aktiviti derma darah tersebut yang bertema “Seorang Penderma boleh menyelamatkan 3 nyawa”.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali