(ICT) Membuat Laporan Praktikal Menggunakan Microsoft Word di PEDi Semop
24 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar kolej vokasional untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi menjalankan Membuat Laporan Praktikal Menggunakan Microsoft Word. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop bermula dari jam 4.00 hingga 5.30 petang. Aktiviti ini disertai oleh seorang pelajar vokasional yang berumur 20 tahun.
Kami dari PEDi Semop sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita sudah memasuki fasa endemic, kita masih harus berwaspada dan mengalakkan peserta atau ahli PEDi semua tetap memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga. Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik, semoga berita baik menanti anda selepas ini. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk belajar asas ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :