(Internet) Aktiviti Mencari Maklumat di Internet Pelajar Sekolah Menengah Semop di PEDi Semop

18 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Semop telah menerima kehadiran pelajar tahun 6 dari SK Semop untuk menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi bagi mencari maklumat di internet kerja sekolah masing-masing. Aktiviti ini bertempat di bilik belajar PEDi Semop bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang. Aktiviti ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah menengah yang berumur 16 & 17 tahun dan semua pelajar merupakan aktif mengikuti aktiviti dan program di PEDi Semop.

Kami dari PEDi Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan pembelajaran kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, kami masih mengalakkan orang ramai datang ke PEDi untuk menggunakan memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer sebagai langkah keselamatan dan pencegahan awal dan berjaga-jaga (tetapi tidak diwajibkan). Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih PEDi Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

Kembali Ke Atas

kembali