Taklimat Advokasi & Kelas ICT (Powerpoint) Tingkatan 3 di SMK Semop (SIRI II)
09 November 2106 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2016 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah di jemput oleh pihak sekolah untuk mengadakan Taklimat Advokasi & Kelas ICT powerpoint di SMK Semop yang berlangsung selama 2 hari. Program ini telah disertai oleh PI terdekat iaitu Pusat Internet Tanjung Manis & Jerijeh.Program ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi aktiviti kokurikulum di sekolah ini.Pada hari tersebut, para peserta telah diberikan taklimat mengenai peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti masyarakat di samping memberi taklimat kepada peserta agar menggunakan kemudahan internet dengan cara yang yang selamat dan berwaspada
Program ini telah di sertai oleh seramai 35 orang pelajar Tingkatan 3 serta seramai 2 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Progam KDB ini dijalankan selama 5 jam iaitu daripada pukul 9.00 Pagi hingga jam 1.30 Petang yang merangkumi aktiviti seperti Taklimat Advokasi terbaru iaitu slot e-waste, check your level & pokemon go. Selepas tamat program Advokasi, para pelajar belajar menaip menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan terakhir sekali para pelajar akan diberikan topik untuk dijadikan slide powerpoint yang akan di persembahkan pada akhir masa. Diharap dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat memahami tentang pentingnya aspek keselamatan semasa menggunakan internet & pentingnya ilmu mengenai teknologi maklumat pada masa kini. Tahniah & terbaik kepada pelajar & guru SMK Semop. Pusat Internet Semop doakan keputusan PT3 pelajar tingkatan 3 tahun ini cemerlang. Amin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :