Program Kempen Derma Darah di Pusat Internet Semop & Aktiviti Klik Dengan Bijak
15 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2016, Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daro. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan tamat pada 5.00 Petang. Program ini telah disertai oleh semua orang. Oleh itu,sebanyak 11 orang penderma telah menderma darah pada hari tersebut dan di hadiri oleh 10 orang petugas Hospital Daro, Sarawak.
Untuk program derma darah telah berlangsung dari Jam 9.00 pagi sampai 2.00 Petang. Pada jam 3.30 Petang hingga 5.00 Petang pihak Pusat Internet Semop telah menjalankan aktiviti Permainan Klik Dengan Bijak iaitu, Permainan Regu. Untuk permainan Klik Dengan Bijak telah disertai oleh 22 Orang peserta yang terdiri daripada pelajar SK Semop dan SMK Semop. Terima Kasih kepada Pusat Internet Kg Bandong & Sibujaya sebab sudi membantu semasa program berlangsung. Terima Kash kepada penduduk yang sudi menderma darah, “Menderma Darah itu semulia-mulia sedekah”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: