Program Lawatan Sambil Belajar TADIKA KEMAS ke Pusat Internet Semop (Sesi I)
13 Oktober 2106 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Internet Semop telah menerima kunjungan daripada pihak TADIKA KEMAS untuk Program Lawatan Sambil Belajar di Pusat Internet Semop. Lawatan daripada TADIKA KEMAS ini dihadiri oleh pelajar, guru-guru dan ibu pelajar yang terdiri daripada TADIKA Kpg Serdeng, Kpg Kut, Kpg Saai dan Bakakong serta Tadika Semop kelas 1. PI turut turut dibantu oleh staff dari Pusat Internet Daro.
Program ini telah di hadiri oleh 61 orang pelajar termasuk guru dan ibu pelajar. Melalui program tersebut, staff PI telah mengadakan akitivti yang menarik untuk adik-adik iaitu Pengenalan mengenai PI, pengenalan mengenai Peralatan ICT di PI, Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB). Untuk aktiviti terakhir, PI mengajak adik-adik menggunakan komputer melalui akitiviti mewarna online menggunakan software “Uptoten”.
Pihak Pusat Internet telah menerima cenderahati daripada pihak TADIKA Sesi I dan sesi bergambar beramai-ramai. Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Semop untuk sesi lawatan tahun 2016. Terbaik & Syabas kepada Pihak TADIKA KEMAS.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :