Program Lawatan Sambil Belajar TADIKA KEMAS ke Pusat Internet Semop (Sesi II)
14 Oktober 2106 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Internet Semop juga telah menerima kunjungan daripada pihak TADIKA KEMAS untuk Program Lawatan Sambil Belajar di Pusat Internet Semop untuk hari ke-2. Lawatan daripada TADIKA KEMAS ini dihadiri oleh pelajar dan guru-guru daripada TADIKA Kelas 2 dan Tadika Kelas 3 Semop. Program ini telah di hadiri oleh 36 orang pelajar termasuk guru.
Melalui program tersebut, staff PI telah mengadakan akitivti yang menarik untuk adik-adik iaitu Pengenalan mengenai PI, pengenalan mengenai Peralatan ICT di PI, Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB). Untuk aktiviti terakhir, PI mengajak adik-adik menggunakan komputer melalui akitiviti mewarna online menggunakan software “Uptoten”. Pihak Pusat Internet telah menerima cenderahati daripada pihak TADIKA Sesi I dan sesi bergambar beramai-ramai.
Terima kasih kerana memilih Pusat Internet Semop untuk sesi lawatan tahun 2016. Terbaik & Syabas kepada Pihak TADIKA KEMAS.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :