Program Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian Pusat Internet Semop
19 April 2106 | Aktiviti TerkiniPada 17 & 18 April 2016, Pusat Internet Semop telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian PI Semop yang bertempat di PI Semop dan Padang Bola Sepak Sekolah Lama SK Semop. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk dalam Pulau Bruit. Pada 17 April 2016, berlangsungnya aktiviti menarik antaranya ICT Explorace, Sukaneka Sukaria seperti Bowling Kelapa, Kerusi Berirama, Larian Gorilla, Sepak Bola Pinpong guna Botol, Sepak Bola Tutup Mata dan Pijak & Pecah Belon mendapat sambutan yang sangat menggalakkan . Sepanjang program pada hari tersebut juga dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan para usahawan yang memperagakan jualan masing-masing disamping berpeluang merebut hadiah untuk kategori Gerai Usahawan Terbaik yang merupakan TV LCD 32 yang disumbangkan oleh pihak SKMM.
Pada 18 April 2016, berlangsungnya aktiviti Pertandingan Masakan 1Malaysia, Pertandingan Gubahan Tudung Saji dan penjurian untuk Booth Usahawan paling Umph selain diadakan booth pameran pendaftaran ahli PI secara percuma. Selainitu, terdapat juga “Bengkel KDB Funniest 15 Seconds” dan Taklimat Pertandingan MyKomuniti Kreatif kepada pengunjung yang datang. Program ini telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hajjah Norah Binti Tun Abdul Rahman, Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis. YB Datuk Hajjah Norah telah menandatangi Plak Perasmian PI Semop selepas acara gimik Pemotongan Kek PI. Selepas itu, sedikit ucapan daripad YB Datuk Hajjah Norah sebelum menutup Program Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian PI Semop. Pada sebelah petang, berlangsungnya acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang selain diadakan acara Cabutan tiket bertuah.
Program Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian PI Semop ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Semop dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet dan dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet Semop dengan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan PI kepada usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan latihan keusahawanan. Ini akan dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga setempat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program Hari Bersama Komuniti & Majlis Perasmian Pusat Internet Semop selama 2 hari berturut-turut. Terima Kasih kepada PI-PI yang terlibat iaitu PI Daro, PI Kg Bandong, PI Meradong, PI Bawang Assan, PI Jerijeh dan PI Sibu Jaya. Selain itu, terima kasih kepada Penduduk Kampung yang menolong pihak PI sepanjang tempoh program tersebut. Jasa anda semua amat kami kenang hingga ke akhir hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :