Pesta Pulau 2015
4 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semop telah menyertai pameran sempena Pesta Pulau 2015 yang diadakan di Kampung Betanak, Pulau Bruit, 96200 Daro selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 1 hingga 3 Mei 2015. Pameran ini juga dihadiri oleh staf dari Pusat Internet Daro dan Pusat Internet Bandong, Sibu. Pesta ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis P206 Dato Norah binti Tun Abdul Rahman. Latar belakang Pulau Bruit: Ianya merupakan perkampungan yang terletak di lokasi antara Kuala Paloh dan Kuala Lassa daerah Daro, Bahagian Mukah, Sarawak. Keluasannya adalah 43,700 hektar (107,985 ekar), di pulau ini terdapat 12 buah perkampungan (Kg. Saai, Kg. Kut, Kg. Bruit, Kg. Tekajong, Kg. Penipah, Kg. Salak Kecil, Kg. Betanak, Kg. Penibong, Kg. Penuai, Kg. Semop, Kg. Sedi dan Kg. Sebako) dengan penduduk hampir 9,000 orang. Majoriti penduduk adalah beragama Islam dan kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan petani. Perhubungan utama untuk ke pulau ini adalah menggunakan bot melalui Sibu dan Daro. Program ini diadakan bertujuan mempromosikan PI kepada penduduk komuniti Pulau Bruit, selain itu menjayakan program Klik Dengan Bijak dan mengeratkan staf-staf PI dengan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang pesta berlangsung seperti sukaneka, Ratu Cantik, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Memasak dan banyak lagi yang diwakili oleh setiap 12 buah kampung di dalam Pulau Bruit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: